Bahagia Bergelar Isteri, Mira Filzah Akui Rasa Seronok & Dihargai Bila Disapa ‘Puan Amirah’

Lifestyle: Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui seronok dan menyukainya apabila disapa sebagai ‘Puan’ oleh orang ramai. Telah selamat bernikah kepada cinta hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September lalu, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah itu telah mendedahkan di laman instagramnya bahawa dia rasa lebih dihargai apabila dipanggil dengan gelaran tersebut

Memilih busana kebaya berona merah, ramai yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin berseri selepas bergelar isteri. Tak pernah tak cantik apabila melihat penampilan Mira Filzah ini. Moga dia terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta di samping terus maju dalam kariernya. Amin! -Puan Amirah Insta

Malay News
LifeStyle Desk

Scroll to Top