Oh! Negara
F1 di Malaysia dijangka kembali apabila Bahrain dilapor bersedia menanggung kos penganjuran perlumbaan di Sepang.
Malaysia dijangka kembali menjadi perhatian peminat Formula Satu apabila Litar Antarabangsa Sepang dilapor bakal menjadi hos perlumbaan F1 pada Oktober ini.
Apa yang lebih menarik, kos penganjuran perlumbaan itu dikatakan akan ditanggung oleh Bahrain.
Perkembangan itu hadir selepas Grand Prix Bahrain yang sepatutnya berlangsung pada April lalu terpaksa ditangguhkan susulan konflik perang di Iran. Kini, Malaysia disebut sebagai lokasi alternatif untuk memastikan perlumbaan itu tetap dapat dianjurkan.
Bahrain tanggung kos F1 di Malaysia

Menurut sumber kepada ESPN, Bahrain sebelum ini merancang menjadualkan semula perlumbaan pada 4 Oktober, namun peningkatan konflik di rantau itu menyebabkan perancangan tersebut tidak dapat diteruskan.
Litar Antarabangsa Sepang kemudian tampil menawarkan diri sebagai venue perlumbaan pada hujung minggu berkenaan.
Menariknya, Bahrain dilaporkan masih bersedia menanggung keseluruhan kos penganjuran walaupun perlumbaan berlangsung di Malaysia.
Nama rasmi masih belum diputuskan

Perlumbaan itu dijangka akan dipersembahkan sebagai Grand Prix Bahrain yang dianjurkan di Malaysia, namun nama rasmi acara tersebut masih dalam perbincangan.
Sumber turut memaklumkan beberapa rundingan berkaitan aspek kewangan termasuk pihak yang menanggung kos serta penjenamaan perlumbaan sudah berlangsung sejak beberapa hari lalu.
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Sepang berpeluang kembali ke kalendar F1

Litar Antarabangsa Sepang kali terakhir menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu pada 2017 sebelum digugurkan daripada kalendar F1.
Perang di Iran turut memaksa Formula Satu menilai semula baki jadual musim ini. Sekiranya perlumbaan di Asia Barat terpaksa dibatalkan, Malaysia dijangka menggantikan Grand Prix Bahrain, manakala Imola di Itali kini dilihat sebagai pilihan utama untuk menjadi venue penutup musim.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




