04 Mac 2026 12:42pm
Masa membaca: 4 minit

Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman. Foto: Agensi
MANAMA – Kerajaan Bahrain mengumumkan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan 74 misil dan 92 dron Iran sejak Sabtu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Bahrain (BNA), Markas Besar Tentera Bahrain menegaskan bahawa semua sistem pertahanan kekal bersedia sepenuhnya pada setiap masa untuk menghadapi sebarang ancaman.
Ia menggambarkan penggunaan misil balistik dan dron untuk menyasarkan kemudahan awam dan harta persendirian sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya prinsip pembezaan dan kesepadanan. Ia menekankan bahawa serangan yang bersifat musuh itu merupakan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan serantau.
Markas Besar itu menyeru semua orang untuk kekal berada di rumah dan tidak keluar kecuali dalam keadaan yang amat perlu, sambil mematuhi tahap berhati-hati tertinggi untuk memastikan keselamatan diri. – Bernama-WAM
Ringkasan AI
- Kerajaan Bahrain mengumumkan berjaya memusnahkan 74 misil dan 92 dron Iran sejak Sabtu
- Sistem pertahanan udara Bahrain berada dalam keadaan siaga penuh untuk menghadapi ancaman
- Penggunaan misil balistik dan dron menyerang kemudahan awam dan harta persendirian dianggap pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa
- Serangan tersebut dianggap sebagai ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan serantau
- Markas Besar Tentera Bahrain menyeru orang ramai untuk kekal di rumah dan mematuhi tahap berhati-hati tertinggi



