Tular di Thread satu perkongsian menyedihkan mengenai seorang murid perempuan yang hadir ke sekolah dalam keadaan baju kotor dan tidak berseterika.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada hari Isnin iaitu hari pertama minggu persekolahan.
Murid datang sekolah dengan pakaian kotor

Lebih meruntun hati, murid itu juga didakwa tidak memakai stokin ketika hadir ke sekolah. Menurut perkongsian, kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan sudah berulang.

Apabila ditanya mengapa memakai pakaian kotor, murid berkenaan menjawab bahawa dia mencari sendiri baju untuk dipakai ke sekolah.
Dakwa ibu tidur lewat, ayah sibuk kerja
Kata murid itu lagi, ayahnya bekerja dan ibunya pula tidur lewat kerana leka dengan telefon sehingga 5 pagi.

Perkongsian itu nyata mengundang rasa sebak apabila individu berkenaan menyifatkan keadaan murid terbabit sebagai sesuatu yang menyedihkan.
Katanya, anak-anak yang masih kecil tidak sepatutnya dibiarkan menguruskan pakaian sekolah sendiri, lebih-lebih lagi jika mereka masih berada di tahap satu.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




