Bakal bergelar bapa, Yonnyboii banyak belajar cara jaga anak – “Tukar lampin, lipat pakaian..”

Bakal bergelar bapa, Yonnyboii banyak belajar cara jaga anak – “Tukar lampin, lipat pakaian..”

Bakal menimang cahaya mata pertama, penyanyi rap Yonnyboii sudah tentu teruja untuk bergelar bapa sekitar pertengahan Julai depan.

Menurut laporan Utusan, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, dia kini memperlahankan karier seni bagi memberikan fokus terhadap isteri tercinta iaitu Nik Nazira.

Yonnyboii berkata, dia juga jarang keluar rumah kerana mahu mengelak daripada membawa virus seperti Covid-19 memandangkan isterinya sedang sarat hamil.

“Bukan saya tak ambil langsung (tawaran), tetapi saya kurangkan. 
“Saya risau keadaan isteri yang tengah sarat. Tak mahu balik rumah bawa penyakit seperti Covid-19. Sebab itu saya kurang keluar rumah. 
“Saya mahu lebihkan masa dengan dia, sama-sama lalui pengalaman kehamilannya,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi berusia 25 tahun itu turut tidak ketinggalan melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran bayi yang masih dirahsiakan jantinanya.

“Saya banyak belajar macam mana nak jaga anak, banyak bertanya kepada kawan-kawan yang sudah bergelar bapa.
“Antaranya seperti perkara asas tukar lampin, lipat seluar baju dan sebagainya.
“Saya tahu lepas ini akan kerap berjaga malam untuk jaga anak. Kalau sebelum ini selalu (berjaga malam) sebab buat lagu, lepas ini tujuannya lain pula,” ujarnya.

Sumber: Utusan (Mohammad Al Faizal Abdul Karim), Instagram Yonnyboii