Balut diri dengan kain kafan, ‘pocong’ buat lubang di lengan mudahkan divaksin

Pelbagai kerenah rakyat Malaysia dapat dilihat menerusi media sosial ketika mereka ingin mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV).

Kebanyakkan mereka membuat konten tersebut sebagai satu bentuk hiburan terutamanya kepada frontliner dan sukarelawan yang membantu memudahkan urusan suntikan vaksin.

Semalam, video yang dimuat naik oleh seorang sukarelawan di aplikasi TikTok dikenali sebagai @jarimaniiss telah tular apabila merakam kehadiran ‘pocong’ di PPV.

@jarimaniiss

Cik Pocong pun ambik vaksin tau.. 👻😘 #foryoupage #mkc75 #wealltiktokerss #fyp #ppv #ppvdewanmeranti2

♬ DJ Tutu Nadi Como Remix – DJ Nansuya

Pastinya ia menjadi perhatian ramai dan mereka semua terhibur melihat individu berkenaan lengkap memakai kain seperti kain kafan sambil melompat-lompat menuju ke tempat vaksinasi.

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana frontliner mahu memberikan suntikan vaksin kepada ‘pocong’ tersebut memandangkan dia lengkap membungkus diri dengan kain berwarna putih.

@jarimaniiss

Reply to @fizz2404 PART 2.. nie cik cong time kena cucuk 🤭💉 #ppv #foryoupage #ppvdewanmeranti2 #mkc75 #wealltiktokerss #fyp

♬ DJ Tutu Nadi Como Remix – DJ Nansuya

Menurut @jarimaniiss, individu berkenaan sudah siap-siap membuat lubang di bahagian atas lengannya dan memudahkan suntikan vaksin diberikan. Apa yang lucu, frontliner yang bertugas terkejut sehingga terlupa akan nama sendiri!

Tambah pengguna TikTok berkenaan, ‘pocong’ terbabit telah melengkapkan dua dos vaksin dan mengucapkan tahniah diatas tanggungjawab yang dijalankan sebagai rakyat Malaysia.

@jarimaniiss

Reply to @hezz.ns PART 3 selepas Cik Cong cucuk vaksin 💉 😬🤣 #foryoupage #mkc75 #wealltiktokerss #ppv #ppvdewanmeranti2 #fyp

♬ DJ Tutu Nadi Como Remix – DJ Nansuya

Sumber: TikTok @jarimaniiss