zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan apabila 3,951 orang dilaporkan masih terjejas setakat jam 8 pagi.
Kesemua mangsa daripada 907 keluarga itu berada di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun dan Kemaman.
Ia menunjukkan peningkatan berbanding 3,691 mangsa daripada 848 keluarga di 12 PPS, malam tadi.
Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 3,761 mangsa.
Kesemua mangsa daripada 862 keluarga itu berlindung di lapan PPS di daerah berkenaan.
Empat PPS masih diaktifkan di Dungun bagi menempatkan 190 mangsa daripada 45 keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd