Banjir di Sarawak: Lebih 12,000 mangsa di PPS

Banjir di Sarawak: Lebih 12,000 mangsa di PPS

mdroji@bh.com.my

Kuching : Jumlah penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak masih melepasi angka 12,000, pagi ini.

Setakat 8 pagi ini, 12,321 orang daripada 3,685 keluarga masih berada di 63 PPS.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding seramai 12, 862 mangsa daripada 3,771 keluarga pada 5 petang semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 12,115 orang adalah mangsa banjir, manakala 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Bintulu, manakala 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top