Banjir di Texas: Kematian lebih 100 orang

Banjir di Texas: Kematian lebih 100 orang

Washington: Angka kematian akibat banjir besar di Texas, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada lebih 100 orang pada Isnin ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang dihanyutkan oleh arus deras.

Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak perempuan dan kaunselor yang tinggal di kem musim panas remaja di sungai maut susulan banjir melanda pada 4 Julai lalu.

Jabatan kaji cuaca memberi amaran banjir lebih buruk mungkin berlaku kerana hujan masih turun di kawasan tanah yang sudah tepu air, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat yang membabitkan helikopter, bot dan anjing pengesan.

Jumlah korban dijangka terus meningkat.

Presiden Donald Trump dijadualkan akan melawat Texas pada hari Jumaat, menurut kenyataan Rumah Putih, sambil menolak dakwaan pihak pengkritik yang mendakwa pemotongannya (bajet) terhadap agensi kaji cuaca melemahkan sistem amaran awal.

“Menyalahkan Presiden Trump atas banjir ini adalah satu pembohongan yang jahat, dan ia tidak mempunyai tujuan semasa berkabung negara ini,” kata Setiausaha Akhbar Karoline Leavitt kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mempunyai beberapa peranan penting di Texas yang belum diisi sebelum banjir mengeluarkan ramalan dan amaran tepat pada masanya, lapor The New York Times.

Trump menyifatkan banjir yang melanda pada awal pagi Jumaat sebagai malapetaka 100 tahun yang di luar jangkaan.

Terdahulu, Trump berkata, bantuan bencana harus dikendalikan di peringkat negeri dan menandatangani deklarasi bencana besar yang mengaktifkan dana persekutuan baharu dan membebaskan sumber.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top