Sayangnya kereta mewah rosak. Seorang ahli perniagaan, Datuk Amaluddin Mohamed Ismail, 63, menjadi mangsa banjir kilat yang melanda Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh, hujung minggu lalu.
Air yang naik setinggi lebih satu meter dalam masa singkat itu telah menenggelamkan semua kereta mewah miliknya.
Air naik mendadak, tak sempat selamatkan kereta

Menurut Datuk Amaluddin, banjir kali ini berbeza daripada kejadian sebelum ini. Selama 28 tahun tinggal di kawasan tersebut, paras air banjir biasanya hanya setakat lutut. Namun, kali ini, air naik mendadak dalam tempoh sejam.
Pada 10.30 pagi saya tinjau di luar rumah, paras air hanya setakat buku lali. Tapi sejam selepas itu, air naik melebihi satu meter. Tak sempat buat apa-apa.- Katanya.
Kereta mewah tenggelam, hati hancur

Antara kereta yang rosak termasuk Mercedes, Porsche, Alphard, Volvo, BMW, dan Honda. Datuk Amaluddin hanya mampu melihat deretan kereta itu ditenggelami air tanpa mampu berbuat apa-apa.
Limpahan Sungai Kinta punca banjir kilat berlaku

Banjir kilat yang berlaku disebabkan oleh limpahan Sungai Kinta akibat hujan lebat berterusan. Kawasan perumahan Arena Kepayang Putra menjadi antara yang terjejas teruk, dengan harta benda musnah akibat paras air yang tinggi.
#OhmediaNasihat
Banjir kilat semakin kerap berlaku, terutama di kawasan rendah atau berhampiran sungai. Sebagai langkah persediaan, pastikan dokumen penting dan barang berharga disimpan di tempat tinggi. Sentiasa awasi keadaan cuaca dan elakkan menyimpan kenderaan di kawasan mudah dinaiki air.





