Pelawak Amir Raja Lawak akhirnya mendedahkan dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen untuk menanggung kos perubatan bapanya yang sedang sakit.
Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Amir berkata bayaran tersebut adalah usaha untuk merawat bapanya yang menghidap kanser usus.
BACA: Bayaran Masih Belum Dapat, Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta
Tegasnya lagi, dia tidak meminta duit sesiapa sebaliknya hanya memint haknya. Malah, dia sudah memaklumkan keadaan bapanya kepada pihak stesen tv namun tiada maklum balas positif.
“Ini soal hidup dan mati abah sy, dan ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah Saya tak mintak duit kamu, saya tak mintak pinjam duit, yang saya mintak adalah Duit saya! Hak saya!
“Dari awal abah saya warded saya dah maklum pada diorang, saya Whatsapp tunjuk keadaan abah saya, tapi kena sidai tanpa ada maklum balas positif,” katanya.
Tambah Amir lagi, selepas dia memuat naik hantaran sebelum ini, pihak berkenaan ada menghubunginya serta menawarkan bayaran ansuran sebanyak RM3,000.
“Saya nak RM18,000 penuh tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur. Lepas viral mereka nak bagi RM3,000 dulu, tapi saya tak nak.
“Sebabnya sebelum ni mereka pernah bagi RM5,000 awal tahun lepas, pastu setahun lebih sampai sekarang ni belum dapat apa-apa tambahan lagi.
“Jadi kenapa saya perlu ambik RM3,000? Dah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang, sebab saya emergency !” katanya.




