JAKARTA – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh anak perempuannya sendiri dalam kejadian di Dusun Montong Sager, Desa Tamansari, Lombok Barat, Indonesia baru-baru ini.Menurut laporan pihak kampung, insiden tersebut berlaku apabila suspek meminta wang daripada bapanya bagi keperluan harian, namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi berikutan kekangan kewangan keluarga.Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum suspek bertindak agresif dengan mencederakan mangsa secara fizikal.Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan termasuk kesan calar pada wajah, dipukul di bahagian kepala serta ditolak sehingga terhentak ke dinding.Akibat hentakan kuat itu, mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap suspek.Kes berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap isu keganasan dalam keluarga yang berpunca daripada tekanan ekonomi, selain menuntut perhatian serius semua pihak dalam menangani konflik domestik secara lebih berhemah.- Agensi



