Bapa mentua menangis, Puteri Sarah ingatkan suami jangan jadi anak derhaka

Bapa mentua menangis, Puteri Sarah ingatkan suami jangan jadi anak derhaka

Sekali lagi air mata penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tumpah apabila diminta mengulas isu rumah tangga anaknya yang sedang bergolak disebabkan orang ketiga.

Memetik temubual dari Melodi yang bersiaran jam 12.30 tengahari tadi di TV3, Yusof telah meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa yang melihat hubungan suami isteri antara anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah serta Ira Kazar.

Dia juga mengakui isterinya, Datin Patimah Ismail terkesan dengan tindakan Syamsul kerana memahami perasaan Puteri Sarah sebagai seorang isteri.

Disebabkan itu, Puteri Sarah Liyana telah memuat naik satu hantaran di Insta Story dengan mengatakan yang Datuk Yusof Haslam sudah seperti bapanya sendiri.

Dia mengatakan bapa mertuanya itu sudah berkali-kali menangis disebabkan perbuatan Syamsul. Jadi, dia mengingatkan suaminya supaya jangan menjadi anak derhaka kerana kifarah itu ada.

Ujar pelakon itu lagi, dia sangat menyayangi ibu dan bapa mentuanya dan akan sentiasa mendoakan kebahagian mereka lebih-lebih lagi ketika umrahnya pada penghujung Januari nanti.

Dia juga mengakui tidak kisah hidup tidak bahagia asalkan ibu dan bapa Syamsul bahagia.

Menerusi temu bual tersebut, Datuk Yusof Haslam dilihat begitu sebak mengulas isu yang sedang bertebaran ini. Walaupun tidak mahu menjawab sama ada dia berasa kecewa ataupun tidak dengan apa yang dilakukan anaknya, dia tetap mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah.

Sumber: YouTube Melodi, Instagram Puteri Sarah