Baru Dapat Rentak Sudah Tersingkir! Rindulah Nak Tengok ‘Puppet’ Lepas Ni

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Mana yang follow Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) pasti dah kenal sangat dengan kumpulan Puppet ni kan? Memang tak kering gusi kalau tengok persembahan mereka ni.

Kredit gambar: ASTRO

Mengikut format yang sama di musim pertama, program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) ini dibarisi oleh 14 kumpulan yang memerlukan semua peserta membuat persembahan komedi pentas sambil menyanyi. “Dalam Komedi Ada Nyanyian”. Ha inilah tagline yang dibawa. Mesti ada pelawak + selebriti.

Kredit gambar: ASTRO

Jadi, kumpulan Puppet adalah salah satu kumpulan yang dikatakan sangat bagus persembahan mereka setiap minggu. Mana taknya, dengan memperkenalkan beberapa watak puppet dalam setiap persembahan mereka ini memang betul lain dari lain.

Kadang terfikir juga, macam mana lah diorang ni boleh buat suara dari dalam kerongkong tu ha. Bibir tak gerak pun. Tapi suara keluar. Haih…Betoi unik lah!

Kredit gambar: ASTRO

Akur Tersingkir

Tapi itulah selepas berminggu-minggu maintain di pentas persembahan, akhirnya mereka terkandas juga di minggu ketujuh, Jumaat lepas. Sayang betul lah.

Walaupun dah all out dan buat persembahan terbaik masih lagi tak mampu nak bertahan hingga ke final.

Kredit gambar: ASTRO

Macam mana pun, kumpulan Puppet ini dianggotai oleh Sharif, Wan dan Rul ni terpaksa akur juga dengan keputusan juri. Nak buat macam mana kan rezeki setakat itu jer.

Penonton Tak Puas Hati

Ramai jugaklah penonton tak puas hati dengan keputusan Puppet ini disingkirkan. Kata mereka, Puppet ni sangat berbakat, dan ada jer kumpulan lain yang ‘tenggelam’ tapi still maintain dalam MLS2 ni.

Apa nak dikata lagi gais. Baru dapat rentak sudah tersingkir.

Apa-apapun kita doakan supaya mereka berjaya walaupun bukan lagi dalam MLS2. Yang penting, bakat macam kumpulan Puppet ni memang susah nak dapat!

Kumpulan Puppet bersama founder rempah Odeen Viral Cekyana, Cekyana

Kalau anda nak follow-up Puppet, boleh jer usha-usha di IG mereka di LINK INI.