Bata perkenal kasut sekolah dengan teknologi dwi perlindungan

Bata perkenal kasut sekolah dengan teknologi dwi perlindungan

Setiap individu bergelar ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka menikmati tahun persekolahan yang terbaik.

Tetapi dengan jadual yang padat dan bajet terhad, kebanyakan mereka terlepas pandang kepentingan menyediakan kasut yang baik untuk anak-anak ke sekolah.

Meskipun hanya kasut sekolah, ia penting bagi memastikan anak-anak selesa dan bersedia untuk menjalani aktiviti di sepanjang sesi persekolahan.

Memahami kepentingan ini, Bata tampil dengan koleksi Kembali Ke Sekolah yang dilengkapi teknologi canggih daripada LifeNatural.

Dwi perlindungan

Bata perkenal kasut sekolah dengan teknologi dwi perlindungan

Hadir dengan teknologi Antimikrobial, koleksi ini direka untuk mengekalkan tenaga anak-anak dalam masa sama memberikan perlindungan daripada bakteria dan bau.

Teknologi inovatif ini menawarkan dwi perlindungan yang mencegah 99 peratus bakteria dan menghalang bau secara aktif untuk keselesaan dan kesegaran berpanjangan.

Selain itu, koleksi ini turut dilengkapi teknologi ‘Memory Foam Insole’ untuk keselesaan dan sokongan terbaik, mengurangkan keletihan serta mencegah sakit kaki.

Dengan adanya perlindungan sebegini, ibu bapa kini boleh menarik nafas lega mengetahui kaki anak-anak dilindungi daripada bakteria dan bau.

Anak-anak pula dapat memulakan tahun persekolahan ini dengan kesegaran dan keselesaan bermula dari kasut sekali gus meningkatkan keyakinan dan membantu mereka melakukan yang terbaik.

Lebih mengagumkan, kasut jenama Bata bukan sahaja menawarkan rekaan yang menarik malah ia juga tahan lasak sesuai untuk sesi persekolahan yang aktif pada harga mesra poket.

Promosi kembali ke sekolah

Sempena musim kembali ke sekolah, Bata menawarkan promosi pakej kasut sekolah pada harga istimewa bermula 5 Februari hingga 17 Mac 2024.

Ibu bapa boleh mendapatkan dua pasang kasut sekolah buat anak-anak pada harga RM89 untuk pakej kombo satu, manakala untuk pakej kombo dua pada harga RM139.

Lebih menarik, pelanggan boleh mendapatkan satu beg galas pada harga RM59 atau empat pasang stokin pada harga RM29 dengan setiap pembelian menerusi tawaran pembelian dengan pembelian (PWP) eksklusif hanya di kedai fizikal Bata.

Kunjungi Bata berdekatan atau layari pautan ini untuk mendapatkan sepasang kasut sekolah terbaik buat anak anda sekarang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top