Bayern tidak ambil tindakan tatatertib terhadap Mazraoui

Bayern tidak ambil tindakan tatatertib terhadap Mazraoui

Noussair Mazraoui – Foto AFP

BAYERN Munich tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap tonggak pertahanan, Noussair Mazraoui selepas catatan media sosial pemain Maghribi itu berhubung konflik Israel-Hamas, kata kelab Bundesliga tersebut pada Jumaat.

“Bayern Munich mengadakan perbualan terperinci dengan Noussair Mazraoui minggu ini.

“Perbincangan berkaitan catatan Instagram Mazraoui berhubung keganasan terhadap Israel hampir dua minggu lalu, yang membawa kepada kegusaran dan kritikan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen menambah: “Noussair Mazraoui memberi jaminan sebagai seorang yang cintakan keamanan, dia dengan tegas menolak keganasan dan peperangan.

Scroll to Top