Bazar Ramadan & Aidilfitri dibatalkan, rakyat Kelantan luah sedih akur perintah kerajaan

Bazar Ramadan & Aidilfitri dibatalkan, rakyat Kelantan luah sedih akur perintah kerajaan

Kerajaan negeri Kelantan memberi kata putus membatalkan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.

Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negri Dr. Izani Husin memaklumkan perkara itu menerus ‘posting’ di Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Izani, Program Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai satu ikhtiar demi membendung penularan wabak itu.

Madinah Ramadan adalah satu program melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa, sahur, penyampaian sumbangan fakir miskin, tazkirah dan bicara keilmuan.

 

Meninjau ke ruangan komen, belum sampai 1 jam ‘posting’ tersebut dimuat naik, rata-rata netizen yang juga merupakan rakyat Kelantan meluahkan rasa sedih dengan perkhabaran itu.

Tambahan lagi apabila memikirkan nasib peniaga yang sudah bersiap-siaga bagi mengendalikan kedai jualan masing-masing. Bagaimanapun, kesemua mereka tetap akur dengan perintah yang ditetapkan.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 171 kes Covid-19 semalam sahaja dan kini berada di kedudukan ke-3 tetinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Sumber: Kosmo (Rosliza Mohamed), Facebook YB Dr Izani Husin

Scroll to Top