'Bebankan pengguna'

'Bebankan pengguna'

Kuala Lumpur: Cadangan menaikkan harga makanan bermula lima peratus di restoran mamak tahun hadapan akan membebankan dan menjejaskan pengguna terutama golongan B40.

Pekerja swasta, Amirul Asyraf, 25, berkata, dia tidak bersetuju dengan kenaikan terbabit kerana ia tidak akan mencerminkan usaha kerajaan mahu menaikkan gaji minimum kepada RM1,700, juga pada tahun depan.

“Apa guna gaji minimum dinaikkan, tetapi rakyat terbeban dengan kenaikan harga makanan, sudah pasti usaha kerajaan ini akan jadi sia-sia.

“Saya harap pihak berkaitan kaji semula cadangan ini kerana restoran mamak antara pilihan utama rakyat memandangkan harganya berpatutan selain mudah diakses kerana beroperasi 24 jam berbanding restoran lain,” katanya.

Sementara itu, Aimi Abdullah, 37, menyifatkan cadangan kenaikan terbabit tidak adil untuk rakyat tempatan.

“Ia tidak adil kepada pengguna tempatan apatah lagi jika kenaikan gaji itu turut terpakai untuk pekerja asing.

“Jadi, saya harap, cadangan ini diperhalusi lebih lanjut kerana akan memberi pelbagai implikasi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top