Bebaskan segera! Malaysia tuntut aktivis ditahan tentera negara haram tak dizalimi -PM Anwar

Bebaskan segera! Malaysia tuntut aktivis ditahan tentera negara haram tak dizalimi -PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan oleh tentera rejim Israel dibebaskan segera.

“Saya sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera,” katanya.

Beliau berkata, usaha diplomatik sedang digerakkan secara berterusan bagi menuntut pembebasan tanpa syarat kesemua aktivis berkenaan yang terbabit dalam misi kemanusiaan.

“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara sahabat bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan segera melalui saluran diplomatik.

Terdahulu, seramai 24 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) dilaporkan telah ditahan Israel hari ini ketika dalam pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.

Susulan penangkapan itu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) turut memohon campur tangan Kerajaan Malaysia untuk mendesak negara Kesatuan Eropah, Turkiye, Sepanyol dan lain negara antarabangsa untuk bertindak serta mengecam pencabulan kepada misi kemanusiaan ‘non-violent’ itu.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top