Bekas Adik Ipar Nak Saman RM5 Juta, Iqbal Zulkefli Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan

Bekas Adik Ipar Nak Saman RM5 Juta, Iqbal Zulkefli Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan

Usahawan dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, mendakwa dia belum menerima sebarang surat tuntutan berkaitan dakwaan bakal disaman RM5 juta oleh bekas adik iparnya, usahawan Anes Ayunie Osman, 22.

Dakwa Iqbal, dia ada mendengar khabar mengenai dakwaan bakal disaman namun tidak menerima sebarang surat atau dokumen berkaitan perkara terbabit.

“Mengenai isu tular baru-baru ini, katanya dia saman tapi tak sampai kepada saya sebab alamat salah dan dakwanya, saya tak melantik peguam.

“Sebenarnya, saman itu bermula daripada adik saya iaitu Weldan yang sedang jalankan. Jadi kita selesaikan satu per satu,” dakwa Iqbal.

Dakwa Iqbal lagi, pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan peguam dan mahu menyelesaikan saman untuk Weldan terlebih dahulu.

“Bagi dakwaan surat tak sampai pula, saya sebenarnya dah berbincang dengan peguam dan kami nak selesaikan saman untuk Weldan yang lebih mustahak dahulu, kemudian barulah disusuli dengan saman saya.

“Sudah semestinya akan ada tindakan susulan, cuma biarlah ia selesai secara berperingkat. Kalau boleh saya tak nak buka aib tapi dia ‘memaksa’ saya. Jadi, saya beri bukti. Tapi dia masih pusing cerita,” dakwanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Rasa Berang Di TikTok, Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta?

Terdahulu, bekas adik ipar Iqbal dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5 juta.

Dakwa Ayunie, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.

Scroll to Top