am@hmetro.com.my
Kuching: Bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, 74, meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, hari ini.
Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal antara tahun 2008 hingga 2018 disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Sebelum menceburi politik dengan menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS), mendiang pernah bertugas sebagai pegawai daerah dan hakim Mahkamah Anak Negeri.
Selepas keluar dari PRS pada April 2018, beliau menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bertanding sebagai calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Ai pada Pilihan Raya Negeri 2021.
Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Malcolm Mussen Lamoh.
Pada 8 November 2022, beliau mengumumkan keluar daripada PSB dan menyatakan sokongan kepada GPS.
© New Straits Times Press (M) Bhd




