Bekas isteri Maradona mula ‘berperang’

London: Bekas isteri Diego Maradona bertelagah mengenai harta dengan seorang daripada mereka didakwa menggunakan kad kredit milik legenda bola sepak berkenaan sejurus selepas kematian pemain itu.

Rocio Oliva, 30, didakwa menggunakan kad kredit berkenaan menurut peguam seorang lagi bekas isteri, Veronica Ojeda. Sumber yang rapat dengan Mario Baudry berkata: “Ada penggunaan ditemui pada kad kredit Rocio sehari selepas Maradona meninggal dunia.

“Kami bercakap mengenai perbelanjaan sangat tinggi dibuat Rocio. Keraguan timbul ialah dia mengambil kesempatan situasi berkenaan dan menggunakan kad berkenaan sehingga ia dibatalkan.”

Veronica, 43, ibu kepada seorang anak Diego, juga menempelak Rocio di televisyen. Dia berkata, ketika dia dan Maradona berpisah pada 2013: “Saya mengembalikan 3 juta dollar (RM12.13 juta) kepada Diego. Berbeza dengan Oliva, yang menyimpan semuanya, saya mengembalikan semuanya.”

Legenda bola sepak Argentina, Maradona meninggal dunia pada November ketika berusia 60 tahun dan Rocio dilarang daripada menghadiri upacara pengkebumian. Dia sebelum itu meminta Interpol menangkap Rocio kerana didakwa mencuri jam dan barang kemas milknya. – Agensi

Malay News
Sports desk