Bekas Juru X-ray PPUM Dakwa Berlaku Pelanggaran SOP Radiasi, Kini Hidap Kanser Tahap 4

Bekas Juru X-ray PPUM Dakwa Berlaku Pelanggaran SOP Radiasi, Kini Hidap Kanser Tahap 4

Oh! Tidak

Dakwanya, sehingga kini 3 staf disahkan menghidap kanser paru-paru, kanser darah dan kanser payu dara. 4 lagi mengalami masalah tiroid.


Tular di media sosial dakwaan daripada bekas pekerja sebuah pusat perubatan terkenal yang kini disahkan menghidap kanser Hodgkin’s Lymphoma tahap empat.

Lapor Harian Metro, Nur Fauzia Abdul Razak, bekas juru X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendakwa menanggung kesan kesihatan yang serius sehingga terpaksa dibersarakan awal kerana tidak lagi mampu bekerja seperti biasa.

Dakwa berlaku pendedahan radiasi

Ppum
Kredit foto Harian MetroAhmad Ukasyah

Nur Fauzia mendakwa lagi, berlaku pelanggaran prosedur keselamatan radiasi di Unit Perubatan Nuklear hospital berkenaan sehingga beberapa orang staf disahkan sakit.

Bahagian Kawalan Radiasi dan Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan saya menghidap kanser pada Mac 2023 dan ia dikaitkan dengan stochastic effect.

Menurut Fauzia, dia percaya penyakit yang dialaminya berpunca daripada pendedahan radiasi jangka panjang sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Kes staf sakit didakwa meningkat selepas pemasangan mesin

Fauzia turut mendakwa, keadaan mula berubah selepas pemasangan mesin Positron Emission Tomography-Computed Tomography (PET-CT) di Menara Selatan PPUM beberapa tahun lalu.

Katanya, sejak itu semakin ramai staf dilihat jatuh sakit dengan pelbagai penyakit berkaitan radiasi.

Selepas pemasangan mesin PET-CT di Menara Selatan PPUM, statistik staf yang jatuh sakit dengan penyakit berkaitan pendedahan radiasi menunjukkan peningkatan mendadak. Sehingga kini tiga staf disahkan menghidap kanser paru-paru, kanser darah dan kanser payu dara manakala empat lagi mengalami masalah tiroid.

Semua staf yang terlibat ini didakwa bekerja di Jabatan Radiologi di tingkat lima menara tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan besar tentang tahap keselamatan di lokasi itu.

Lebih membimbangkan, seorang pesakit kanser payu dara dalam kalangan staf terpaksa menjalani pembedahan Caesarean Section (C-Section) untuk melahirkan bayi pramatang sebelum menjalani mastektomi bagi rawatan kanser.

Dalam usaha mendapatkan penjelasan, Fauzia memaklumkan dia telah membawa isu ini kepada Bahagian Kawalan Radiasi dan Perubatan (BKRP) untuk tindakan lanjut.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah dakwaan berlaku percanggahan antara perbincangan dalaman dan laporan rasmi yang dikeluarkan.

Dalam mesyuarat, pegawai BKRP sendiri menyatakan terdapat pelanggaran SOP, tetapi dalam laporan rasmi dinyatakan semua selamat dan tiada pelanggaran dikesan. Jadi di sini, macam kontra.

Fauzia juga mendakwa terdapat unsur manipulasi data serta laporan teknikal yang dipercayai bertujuan menutup isu tersebut daripada pengetahuan umum.

Tidak berdiam diri, Fauzia menegaskan dia akan membawa perkara ini ke peringkat undang-undang bagi mendapatkan keadilan.

Pssttt! Kalau dakwaan ini benar, ia bukan isu kecil kerana melibatkan nyawa manusia. Keselamatan tempat kerja terutama di hospital tak boleh dipandang ringan. Harap pihak berkaitan tampil beri penjelasan telus dan siasatan menyeluruh demi kepercayaan ramai.

Kredit: Harian Metro | Thread The Merdeka Times
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top