Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor tertembak diri sendiri

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor tertembak diri sendiri

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang dilaporkan cedera selepas dipercayai tertembak diri sendiri, petang tadi.

Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku ketika beliau sedang mengadakan sesi latihan menembak di sebuah pusat latihan menembak di sini.

Difahamkan, beliau terus dikejarkan ke Hospial Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi berkata, pengesahan kes hanya akan dibuat sehingga kenyataan media dikeluarkan.

Pada 13 Februari lalu, Tan mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada BERSATU berkuat kuasa serta-merta susulan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Tan menjadi calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, namun tewas kepada Barisan Nasional (BN).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top