
Apandi menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di ICU HUSM Kubang Kerian, pada Khamis.
BEKAS penyerang Harimau Malaya yang juga pemain bola sepak Kelantan era 70-an, Apandi Yusof, 73, meninggal dunia pada Khamis.
Beliau yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Manurut anaknya, Farah Adila, 40, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 petang semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
“Arwah ayah menerima rawatan di HUSM sejak 18 April lalu,” katanya.
Sinar Harian pada 21 April lalu melaporkan bekas pemain bola sepak Kelantan era 70-an itu berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Apandi pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sekitar tahun 1970-an.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



