am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Bekas peserta program realiti komedi stesen televisyen tempatan yang ditahan kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.
“(Suspek) dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis, sementara menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya,” katanya ringkas.
Pada 29 November lalu, lelaki berusia 40-an itu ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd

