Bekas Suami Akhirnya Bongkar Mengenai Cikgu Dan Abang ‘Wiring’ | Oh! Media

Bekas Suami Akhirnya Bongkar Mengenai Cikgu Dan Abang ‘Wiring’ | Oh! Media

Kecoh di media sosial sejak Sabtu lepas apabila mesej jelik antara seorang suami orang dengan seorang guru wanita tersebar luas. Namun, apa yang lebih mengejutkan, muncul seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Azraf yang tampil mendedahkan dirinya sebagai bekas suami kedua kepada guru terbabit!

Azraf berkata, hubungan sulit antara guru tersebut dan “Abang Wiring” bermula sebelum mereka sah bercerai. Malah selepas prosiding lafaz talak pada 24 Februari, pasangan itu dikatakan bersantai makan kek seolah-olah tiada apa berlaku.

Balik mahkamah diaorang pergi makan kek… Saya ingat sampai bila-bila.

Dimalukan di hadapan kawan-kawan sekolah

Lebih memilukan, Azraf turut akui dirinya sangat malu apabila kisah itu tular, terutama apabila ramai kenalan sekolah menghubunginya.

Saya malu sangat dengan kawan sekolah… Kami 1 tadika, kawan dia kawan saya juga.

Namun, beliau menarik nafas lega apabila pada 25 Mei ini, beliau bakal mengambil sijil penceraian rasmi daripada pejabat agama, menandakan tamatnya episod menyakitkan dalam hidupnya.

“Saya harap suami pertama reda…” – Azraf

Dalam pada itu, Azraf turut menyampaikan harapan agar bekas suami pertama wanita berkenaan juga mampu menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.

Saya harap suami pertama reda, saya perlu waktu untuk reda.

Sebelum ini, guru tersebut turut mengakui menerusi satu video bahawa beliau sudah berkahwin sebanyak dua kali, dan kini ibu bapanya sendiri tidak merestui sebarang perkahwinan lagi pada masa akan datang.

Pssttt! Jangan jadikan cinta terlarang sebagai alasan untuk mengkhianati kepercayaan. Setiap tindakan ada akibatnya. Hormati ikatan, dan jujurlah dalam hubungan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top