Bekas Suami Kahwin, Peminat Doa Laudya Cynthia Bella Segera Temu Jodoh

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Dihari bahagia Engku Emran dan Noor Nabila semalam, bekas isteri ahli perniagaan itu iaitu Laudya Cynthia Bella turut menjadi bualan ramai.

Rata-rata netizen mendoakan agar Laudya segera dipertemukan jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi.

BACA: Bekas Kekasih Berminat Nak Beli Rumah Laudya Cynthia Bella

Memetik portal Indonesia Liputan6, Laudya digosipkan bercinta bersama rakan artis, Dimas Beck. Laudya dan Dimas pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang disertai pelakon terkenal seperti Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

Bagaimanapun, kedua-duanya pernah menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan baik biarpun sudah 15 tahun bersahabat.

Terdahulu, Laudya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 8 September 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu.