Belum ada kata putus, Shuk Sahar & Sera masih suami isteri

Kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar dengan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera masih lagi menjadi tanda tanya.

Ramai juga ingin tahu status sebenar perhubungan mereka memandangkan masing-masing mengambil pendekatan berdiam diri dari mengulas isu perkahwinan.

Memetik laporan dari Utusan, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar memaklumkan yang dia dan Sera masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hubungan sebagai suami isteri ataupun tidak.

“Hubungan kami baik. Tapi kami belum buat keputusan sama ada kekal sebagai suami isteri atau tidak,”

Tambahnya, dia dan isteri masih lagi bersahabat baik dan buktinya mereka telah terbang bersama-sama ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah tempoh hari.

Dia juga mengatakan walau apa juga terjadi, mereka sepakat untuk tetap menjalinkan hubungan baik demi anak-anak tersayang.

“Kami masih berkawan, buktinya kami dapat mengerjakan umrah bersama-sama Januari lepas.
“Walau apa yang berlaku, kami tetap baik. Kami lakukan Ini semua demi anak-anak,” katanya.

Bekas pengacara program I Can See Your Voice Malaysia itu mengatakan yang belum ada sebarang kata putus berkenaan atau pun perkembangan berkenaan  permohonan cerai difailkan Sera November tahun lalu.

“Kami tak temui keputusan yang jelas. Buat masa ini, masing-masing bawa haluan sendiri,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuk Sahar dan Sera telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Namun, kontroversi berkenaan weujudnya  orang ketiga dalam rumah tangga mereka sedikit sebanyak membuatkan kerjaya seni pelawak tersebut mulai meredup sehingga dia terpaksa menjual rumah bagi menyelesaikan segala bayaran yang tertunggak ketika itu.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohammad Al Faizal Abdul Karim)