“Benda Baik Kita Kena Cepatlah ” – Mr. E Impi ‘Pengakhiran Istimewa’ Dengan Erra Fazira

“Benda Baik Kita Kena Cepatlah ” – Mr. E Impi ‘Pengakhiran Istimewa’ Dengan Erra Fazira

Usahawan dan personaliti media, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E, 44, mengakui dirinya menyimpan impian untuk menuju ‘pengakhiran istimewa’ bersama pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, 51.

Meskipun masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, Ezwan tidak menolak kemungkinan untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.

Kata Ezwan, dia dan Erra kini menjalani hubungan dengan matang dan terbuka.

“Kalau benda baik (berkahwin), betul lah. Cuma tak tahu tahun ini atau tahun depan,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ezwan juga mengaku dia dan Erra mempunyai hala tuju serta impian yang sama bukan sahaja mahu ke alam perkahwinan tetapi mahu meletakkan matlamat untuk memberi lebih sumbangan kepada masyarakat melalui perniagaan mereka.

“Kita nak menuju pengakhiran yang baik, seimbang dunia dan akhirat.

“Saya rasa saya dan Erra kongsi visi dan misi yang sama,” jelasnya.

Sementara itu, Erra Fazira yang pernah bergelar Ratu Cantik Malaysia menyatakan hubungannya  betsama Ezwan dijalani dengan matang termasukalh memepunyai hala tuju yang jelas.

Sekaligus, memohon doa peminat dan orang di luar sana agar hubungan mereka dipermudahkan menuju fasa seterusnya.

“Kami memang ada berbincang mengenai hubungan ini, tapi bukan dalam tekanan. Go with the flow, tapi dengan matlamat,” tambahnya.

Terdahulu, desas desus mengenai hubungan Erra dan Ezwan mula bertebaran selepas aktres itu memuat naik ucapan romantis di media sosialnya pada Januari.

Bahkan, sejak perkongsian tersebut tular, pasangan ini mula terbuka untuk mengadakan sesi live bersama di platform TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Mr. E Kongsi Kisah Bersama Erra Fazira, Ucapan Istimewa Curi Perhatian – “Dia Matang, Elegan & Bijak”

ARTIKEL BERKAITAN:Erra Fazira Beri ‘Hint’ Dah Temui Teman Pengganti? Pengurus Mohon Tunggu Berita Gembira

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Dah Temui ‘Pengganti’, Ini Respons Erra Fazira – “Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal…”

ARTIKEL BERKAITAN:Awie Sokong Erra Fazira Temui Kebahagiaan Baharu – “Jangan Tunggu Lama, Fikir Masa Depan”

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top