Berang tidak mahu makan, tidur, nenek tergamak bunuh cucu

Berang tidak mahu makan, tidur, nenek tergamak bunuh cucu

JAKARTA – Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki menganiaya cucunya sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Kecamatan Ngronggo, Kota Kediri, Indonesia pada 15 April lalu.Menurut pihak polis, kejadian berlaku ketika suspek dipercayai berang terhadap tingkah laku cucunya yang enggan mematuhi arahan untuk makan dan tidur seperti diarahkan.Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri Kota, Achmad Elyasarif Martadinata berkata, hasil siasatan mendapati berlaku unsur kekerasan fizikal terhadap mangsa sebelum kanak-kanak berusia empat tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di kediaman keluarga.Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.Suspek kemudiannya ditahan pada 17 April lalu selepas pihak polis memperoleh keterangan daripada beberapa saksi serta bukti berkaitan yang mencukupi.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak dan undang-undang keganasan rumah tangga Indonesia.Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.Kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis.- Agensi

Scroll to Top