“Berapa dos oiii…terciduk la kami” -Respon Rita Rudaini lihat Lana Nodin balik AS

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

‘Kejayaan’ pelakon Lana Nodin dan keluarga yang pulang ke negara kelahiran suaminya, Amerika Syarika tanpa perlu melengkapkan dua dos vaksin telah menjadi sorotan ramai.

Lana juga dilihat seakan memulangkan ‘paku buah keras’ kepada para netizen yang sebelum ini galak menghentamnya disebabkan tindakan berani pelakon asal Sarawak itu yang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan panjang lebar yang di buat selebriti tersebut di Instagram, dia ada juga menyebut berkenaan usahanya dan seorang lagi pelakon wanita, Rita Rudaini yang sebelum ini juga dihentam ramai susulan didakwa menyebarkan info yang salah.

Jadi, menerusi InstaStory Rita, dia juga seakan puas hati dapat membuktikan apa yang mereka berdua perkatakan adalah benar dan sempat berseloroh kepada Lana tentang jumlah dos yang telah diambil oleh pelakon itu untuk membolehkan terbang ke luar negara.

 

 

Rita juga memberi respon kepada salah satu InstaStory Lana yang memperlihatkan mereka sekeluarga masuk ke dalam restoran makan tanpa perlu mengimbas kod bar seperti di Malaysia.

“Cakap dekat David ‘dajeyyy,” tulis Rita.

 

Terdahulu, Lana Nodin dan Rita Rudaini adalah antara selebriti yang lantang bersuara mengenai vaksin. Mereka juga memaklumkan belum mengambil sebarang vaksin namun menafikan diri mereka sebagai anti vaksin.

Sumber: Instagram Rita Rudaini, Lana Nodin