Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Bergabung, Meletup! Jalin Kolaborasi, Aliff Syukri Sambar Sally Whoo

Selepas mencatatkan nama dalam The Malaysia Book of Records, usahawan selebriti sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kembali mencuri perhatian dengan kolaborasi bersama personaliti TikTok terkenal, Sally Whoo.

Menjalin kerjasama dengan Sally yang pernah meraih gelaran TikTokers Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35, Aliff melancarkan koleksi beg tangan terbaharu AS x Sally.

Menurut Aliff, koleksi AS x Sally dihasilkan untuk memenuhi cita rasa pelbagai lapisan pengguna tanpa mengabaikan elemen gaya dan ketahanan.

“Saya mahu setiap beg ini bukan sekadar pelengkap fesyen, tetapi juga lambang keyakinan diri dan elegan wanita moden. Dengan harga yang berpatutan dan mutu kerja yang kemas, saya yakin koleksi ini akan menjadi kegemaran ramai,” katanya.

Sementara itu, Sally menyifatkan kolaborasi ini sebagai peluang istimewa untuk menyalurkan sentuhan peribadinya dalam dunia fesyen.

“Saya banyak terlibat dalam proses pemilihan warna dan gaya. Matlamat kami ialah menghasilkan beg yang bukan saja bergaya, tetapi juga praktikal dan sesuai untuk pelbagai personaliti,” ujar Sally.

Koleksi AS x Sally menampilkan reka bentuk yang moden, berani dan penuh karakter, hasil gabungan keanggunan cita rasa Aliff dan gaya segar Sally.

Koleksi AS x Sally menampilkan enam rekaan beg tangan eksklusif dengan keunikan tersendiri. Samma Medium hadir dalam material glossy dan denim, Rica menggunakan PU leather bergaya minimalis, manakala Roca menawarkan kemasan glossy dan matte. Mamma direka dalam dua saiz (S & M) dengan material PU leather tahan lasak, sementara Stela tampil mewah dengan corak kulit buaya PU leather dalam dua saiz. Koleksi ini dilengkapkan dengan Stely, beg berkemasan glossy yang menyerlahkan gaya moden dan elegan.

Setiap beg direka dengan teliti menggunakan material premium agar tahan lama dan selesa digunakan, seiring dengan slogan jenama AS, Designed From The Heart dan Sentiasa Bersamamu.

Koleksi ini boleh didapati menerusi ejen dan stokis sah di seluruh negara, selain turut dijual secara eksklusif di platform penstriman langsung rasmi AS seperti TikTok Shop dan Shopee Live. Tarikh jualan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Scroll to Top