“Berhenti buat orang serba salah” -Ramai tak selesa dengan kenyataan Nadir Al-Nuri

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Keterujaan rakyat Malaysia selepas aktiviti merentas negeri dibenarkan membuatkan masing-masing berasa gembira susulan dapat pulang ke kampung halaman berjumpa dengan orang tua serta saudara mara.

Sudah menjadi kelaziman, kebanyakkan daripada mereka meluahkan rasa syukur serta tidak sabar di media sosial sehingga ada pihak yang ‘kembali’ mengingatkan tanggungjawab kita sebagai manusia supaya mengingati insan-insan yang kesusahan.

Walau bagaimanapun, ciapan yang dimuat naik oleh aktivis kemanusiaan, Nadir Al Nuri telah mendapat respon yang berbeza kerana ada yang mendakwa ia seperti ‘meruntuhkan’ semangat ingin pulang ke kampung bertemu ibu bapa apabila mengaitkan kesusahan penduduk di Palestin.

Sehubungan dengan itu, ramai yang memberikan maklum balas di ruangan komen dengan menyatakan rasa kurang selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis berkenaan.

Mereka mengatakan bahawa sama sekali tidak pernah melupakan saudara mara seagama di Palestin tetapi tidak salah rasanya untuk mereka bergembira kerana mendapat peluang bertemu ibu bapa di kampung.

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang membidas secara berhemah dan ia dibalas oleh Nadir Al Nuri mengenai ingatan ikhlasnya supaya kita semua tidak melupakan penderitaan di Palestin.

Beliau juga berharap agar kita semua dapat mendoakan penduduk disana  ketika kita sedang bersama ahli keluarga di kampung.

Sumber: Twitter Nadir Al Nuri