“Dunia ni dah cukup penuh dengan aura negatif jadi ayuh kita menjadi orang yang lebih baik”.
Demikian luahan hati penyanyi popular, Shila Amzah terhadap tindakan segelintir pihak yang terus menerus mengecam dan membenci adiknya, Syada Amzah
Kata Shila, sebagai seorang kakak, dia mahu orang ramai di luar sana berhenti berkelakuan jahat dan ‘move on’ dengan isu-isu kontroversi melibatkan Syada.
Jelasnya, dunia kini sudah cukup dipenuhi dengan aura negatif termasuklah dengan isu semasa yang berlaku sekarang ini.
“Tolong berhenti berkelakuakn jahat pada adik saya dan move on.
“Dunia ni dah cukup penuh dengan aura negatif jadi ayuh kita menjadi orang yang lebih baik.
“Semoga yang baik-baik juga menanti kita di alam sana,” katanya.
Perkara itu dikongsi Shila menerusi hantaran di Threads miliknya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu ‘Pernah Punya Aku’ ini mengakui, peminat sejatinya tahu bahawa dia sentiasa lantang mengenai sesuatu topik dek kerana sudah malas membaca perkara-perkara berunsur negatif.
“Peminat sejati saya tahu, saya sentiasa lantang tentang topik ini.
“Bukan apa, malas nak baca benda negatif walaupun bukan pasal diri kita,” tegasnya.






