Beri impak positif kepada wanita, Puteri Sarah terima anugerah khas ikon ibu tunggal

Beri impak positif kepada wanita, Puteri Sarah terima anugerah khas ikon ibu tunggal

Pelakon Puteri Sarah terima anugerah khas iaitu ikon ibu tunggal pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah Mommyhana baru-baru ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin dipilih kerana impak positifnya terhadap masyarakat yang mana seorang wanita perlu kuat untuk anak-anak.

Puteri Sarah terima anugerah khas ikon ibu tunggal

Puteri Sarah terima anugerah khas

Foto: MalaysiaGazette

Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hanna Shahadan berkata kandungan yang dihasilkan oleh Puteri Sarah telah menjadi tular dan menerima jutaan tontonan disamping turut memberik impak baik dari segi kekeluargaan.

“Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.
“Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya pada majlis itu.

Beri impak kepada wanita, Puteri Sarah terima anugerah khas

Selain itu, pelakon Nad Zainal turut menerima pengiktirafan yang sama kerana aktres itu telah membantu syarikat untuk meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.

Artikel lain: ‘Tepek’ babak menangis dalam drama, Bella Astillah jawab soalan Puteri Sarah

“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan.
“Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri dan disebabkan itu Syarikat memberi satu penghargaan kepada mereka,” ujarnya.

Foto: MalaysiaGazette

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayya, 5 tahun.

Sebelum bercerai dengan Puteri Sarah, Syamsul telah mengumumkan dia sudah pun bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023.

Diberi pengiktirafan, Puteri Sarah terima anugerah khas

Kemelut antara Puteri Sarah dan Syamsul berakhir dengan lafaz cerai talak satu daripada aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023.

Sumber: Malaysia Gazette