Nama pelakon popular, Beto Khusyairy tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri tanah air. Mana tidaknya, aktor tersebut tergolong antara suami paling setia di sisi isterinya meskipun belum dikurniakan zuriat selepas 16 tahun berkahwin.
Malah, baru-baru ini, gelagat Beto atau nama sebenarnya Nur Khusyairy Zakuan Osman melayani isterinya, Tisha Shahar ketika menghadiri Anugerah Seri Angkasa 2024 telah berjaya tarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di laman TikToknya, dapat dilihat Beto sedang memberi perhatian sepenuhnya ketika berbual dengan isterinya.
Beto Khusyairy
“Beto Khusyairy tengok isteri dia, tapi min pula yang blushing. Mana nak dapat suami macam ni?” ujar RTM.
Artikel lain: “Kalau beri bunga, tetapi masalah masih sama tidak guna juga” -Yusof Haslam
Beto Khusyairy
Netizen puji sikap Beto
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puji sikap positif yang ditunjukkan oleh pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dalam melayani isteri dengan baik.
Nak suami macam Beto!
Dalam pada itu, ada juga segelintir wanita yang mengidamkan ciri-ciri suami seperti Beto dan mereka mendoakan agar perkahwinan aktor tersebut bahagia hingga ke jannah.
Sekadar info, Beto mendirikan rumah tangga dengan Tisha Shahar sekitar tahun 2008 dan sehingga kini, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: TikTok @Radio Televisyen Malaysia