LATEST

Berita baik buat mangsa banjir Selangor! PM Anwar umum bantuan tambahan RM2,500

Berita baik buat mangsa banjir Selangor! PM Anwar umum  bantuan tambahan RM2,500

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi membantu mereka menghadapi kesan bencana tersebut.

Menurut Anwar, pembayaran bantuan berkenaan dijangka bermula esok (10 November), khususnya bagi meringankan beban mangsa yang mengalami kerosakan atau kehilangan barangan keperluan rumah akibat banjir.

Beliau berkata, bantuan tambahan itu diharap dapat membantu penduduk terjejas mendapatkan semula kelengkapan asas yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan selepas bencana.

“Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan penerima akan diumumkan oleh agensi pelaksana dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kredit Foto: RTM

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir (PTB) dipercepatkan, terutama di kawasan yang kerap berdepan kejadian banjir berulang.

Menurut beliau, usaha tersebut penting bagi mengurangkan risiko banjir pada masa hadapan, selain memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terus terpelihara.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan, seramai 327 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor dan Shah Alam.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Latest news