Bertanding solo atau bersama, jentera tetap kena 'jalan' – BERSATU Kelantan

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: BERSATU Kelantan sedang dalam situasi bersedia untuk menggerakkan jentera parti dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, bagaimanapun, kepimpinan tertinggi belum lagi memutuskan sama ada bertanding secara solo atau bersama.

“Soalan itu (bertanding solo) tidak boleh dijawab sekarang sebab ada kaitan dengan (pimpinan) pusat.

“Apapun, bertanding solo ke, bersama ke, yang pentingnya kita punya jentera kena bersedia sebab kalau (bertanding) solo pun jentera ni kena jalan dan kalau bersama pun kena jalan juga.

“Yang pentingnya kena ‘ready’ jadi kita ada masa untuk (keputusan) itu, Insya-Allah, saya ingat dalam beberapa waktu yang terdekat ini kita boleh melaporkan perkembangan-perkembangannya,” katanya.

Terdahulu beliau hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top