Pelakon, Betty Rahmad mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk mempromosikan sebuah produk yang dibawah senarai boikot bagi menunjukkan sokongan terhadap warga Palestin.
Menerusi platform Threads, Betty tampil menjawab persoalan aktor, Rashidi Ishak yang bertanya berapakah jumlah syarikat tersebut membayar pempengaruh untuk mempromosikan produk mereka.
“RM15,000-RM20,000 untuk satu reels, saya cakap tidak,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas, ramai yang memuji dan menghormati Betty atas usahanya untuk terus menunjukkan tanda solidariti terhadap Gaza.




