Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi? – Hijabista

Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi? – Hijabista

Kebanyakan orang mencari alternatif untuk menghilangkan jerawat pada muka dengan pelbagai cara. Akan tetapi, salah satu benda yang anda boleh lakukan adalah dengan membeli acne patch atau plaster jerawat di farmasi atau kedai kecantikan. Tetapi adakah ia berfungsi sebaiknya atau sekadar pada nama sahaja?

Sumber: Google / Gambar sekadar hiasan

Ramai yang tahu fungsi acne patch untuk jerawat ini adalah untuk merawat jerawat anda. Ia sama seperti plaster yang anda gunakan untuk menutup luka di kulit anda. Selalunya acne patch mempunyai bahan yang dapat merawat jerawat dan mencegah tangan anda daripada menyentuh kawasan jerawat. Habit memegang jerawat ini merupakan punca utama jerawat bertambah teruk!

Artikel Berkaitan: Nak Kawal Jerawat Tumbuh Dekat Muka, Kena Tahu Makanan Yang Perlu Dihadkan & Digalakkan Makan

Keberkesanan untuk acne patch ini seringkali kita meragui kerana ada yang memakai acne patch membuatkan jerawat di muka lebih kronik dan tidak menjadi baik pun. Akan tetapi sebenarnya anda mungkin tersalah guna cara penggunaan produk ini. Menurut laman sesawang Hello doktor, jangan risau kerana ada cara untuk anda memakai acne patch ini tau. Anda boleh ikut 2 langkah yang berikut:

1. Memilih ukuran plaster yang betul dan tepat.

Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi?
Sumber: Google / Gambar sekadar hiasan

Seperti yang anda tahu, jerawat akan muncul pada bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai saiz besar, kecil, sederhana besar. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih plaster yang tepat supaya ia dapat menutup jerawat dengan baik!

2. Pilih kandungan plaster yang betul

Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi?

Selain daripada ukuran, kandungan yang berada di dalam plaster juga kena betul supaya dapat membantu masalah jerawat anda. Pada masa yang sama, agar tidak memburukkan lagi kondisi jerawat yang sedia ada. Kandungan yang bagus di dalam acne patch adalah asid salisik, asid niasinamida, zat hidrokoloid dan beberapa bahan kimia tertentu. Jadi ambil lah masa sedikit ketika anda ingin membeli acne patch!

Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi?
Sumber: Google / Gambar sekadar hiasan

Buat anda yang selalu memakai acne patch, pastikan untuk tidak lupa menggantikan baharu ya. Kesilapan terbesar anda selalu lakukan adalah menggunakan hanya satu plaster dalam tempoh masa yang sangat lama. Ini akan membuatkan fungsi acne patch itu tidak berfungsi dengan baik. Anda dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 2 atau lebih unit plaster per jerawat. Jangan lupa untuk gantikan plaster itu jika ia terlampau lama terlekat pada kulit. Ini supaya mengelakkan kompilasi lain yang terjadi.

Akhir kata, fungsi acne patch ini dapat membantu juga untuk merawat masalah jerawat anda tetapi tidak 100 peratus ya. Jadi jangan la anda marah pula jika ia tidak berkesan. Penjagaan kulit dan pemilihan produk skincare yang betul juga anda perlu titikberatkan untuk bantu masalah jerawat. Kebanyakan orang juga cenderung untuk menutup jerawat di muka dengan menggunakan mekap. Bagus tetapi tidak disarankan untuk jangka masa panjang.

Artikel Berkaitan: Bedak Bayi Sebagai Masker Wajah? Bantu Atasi Masalah Kulit Berjerawat Dan Buang Sel Kulit Mati

Betul Ke Tutup Jerawat Dengan ‘Acne Patch’ Tidak Menyembuhkan Jerawat Malah Memburukkan Lagi?
Sumber: Google / Gambar sekadar hiasan

Jadi ketahuilah kulit kita perlukan ruang dan bernafas seperti diri kita. Jika kita ingin menggunakan barang di kulit muka dan jerawat pastikan ia tidak terdedah dengan udara. Acne patch ini dikatakan efektif dan pastikan anda memakainya dengan betul. Kesan parut pun menjadi kurang. Jadi, memakai acne patch ini dapat menyembuhkan jerawat jika anda pandai untuk menggunakannya. Selamat mencuba hijabi semua. Semoga tiada lagi Miss J!

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.