“Biar Hilang Anak Bini, Asal Jangan Hilang Kawan”- Fara Salleh Perli Shuk Sahar?

“Biar Hilang Anak Bini, Asal Jangan Hilang Kawan”- Fara Salleh Perli Shuk Sahar?

Konflik rumah tangga antara pelawak, Shuk Sahar dan Fara Salleh bagaikan tidak berkesudahan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fara seakan memerli suaminya itu sekaligus menyatakan bahawa Shuk bebas untuk menentukan arah hidupnya sendiri.

“Bia hilang anak bini, asal jangan hilang kawan. Isteri itu beban. Kawan-kawan punca rezeki.

“Jangan risau, kini tiada siapa yang menghalang kau untuk berkawan.

“Kau bebas keluar malam, bebas bergaul, bebas berkomunikasi dengan sesiapa sahaja, bebas melakukan apa saja. Dan aku juga bebas seperti mana kebebasan yang kau miliki,” katanya.

Dalam masa sama, Fara turut mendoakan agar Shuk bertemu dengan seorang wanita yang lebih baik serta lebih memahami dirinya.

“Berhenti buat siaran langsung dan bercakap tentang aku. Aku doakan kau bertemu dengan perempuan yang jauh lebih baik daripada aku, seperti yang kau katakan dalam siaran langsung itu.

“Jangan risau, semoga Allah menghadiahkan kau seorang wanita yang baik dan memahami persahabatan kau dengan kawan-kawan, walaupun sampai mengabaikan anak dan isteri,” jelasnya.

Manakala, menerusi perkongsian terkini di platfom sama, Fara meluahkan rasa syukur apabila segala urusannya dipermudahkan.

Bahkan, dia mengaku lebih tenang menjalani kehidupannya kini.

 

Terdahulu, Fara mendedahkan bahawa dia telah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada awal Februari lalu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk telah mendirikan rumah tangga pada November 2023.

Sebelum ini, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera, namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan terdahulu itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

 

Scroll to Top