LATEST

PM jalani prosedur perubatan, dipantau selama dua hari

PM jalani prosedur perubatan, dipantau selama dua hari

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Baca juga: Warga India yang ingin ke Malaysia tahun depan perlu mohon visa mulai 1 Disember ini

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudah serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news