am@hmetro.com.my
Baca juga: Skuad wanita negara sah ke separuh akhir
Kuala Lumpur: BERSATU tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Katanya, parti itu mengikuti perkembangan politik di Sarawak yang ketika ini memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian kaum dan pembangunan ekonomi mampan.
“BERSATU Sarawak akan terus memperkukuh asas parti supaya dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Pengumuman BERSATU itu menyusul keputusan PKR untuk tidak bertanding pada PRN berkenaan sebagai mengiktiraf kerjasama dan persefahaman politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.
Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan AMANAH sebelum ini turut mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya itu, sekali gus menjadikan DAP satu-satunya parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini sebagai hari penamaan calon, 8 Disember bagi pengundian awal dan 12 Disember sebagai hari mengundi.
© New Straits Times Press (M) Bhd