“Biar Lambat Asal Selamat, Biar Tepat Jangan Rembat” – Farahdhiya Respek Wanita Boleh Berdikari Tanpa Lelaki, Serah Soal Jodoh Pada Ketentuan Tuhan

“Biar Lambat Asal Selamat, Biar Tepat Jangan Rembat” – Farahdhiya Respek Wanita Boleh Berdikari Tanpa Lelaki, Serah Soal Jodoh Pada Ketentuan Tuhan

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa bangga terhadap wanita yang mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada lelaki.

Katanya menerusi hantaran di Threads, dia gembira melihat pencapaian wanita masa kini yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Namun, dia turut mengakui bahawa dalam membina keluarga, wanita tetap memerlukan kehadiran pasangan hidup untuk sama-sama membimbing dan membentuk masa depan yang seimbang.

“I am actually very happy, melihat ramai perempuan sekarang ini yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Boleh survive tanpa mengharapkan lelaki. Sangat independent. Respek.

“Tetapi, tidak dinafikan jauh dilubuk hati, wanita memerlukan pasangan hidup untuk membimbing menjadi lebih baik selain menjadi ketua keluarga,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini juga mengaku tidak terburu-buru dalam mencari pasangan hidup meskipun usianya kini sudah mencecah 41 tahun.

“Biar lambat asal selamat, biar tepat jangan rembat.

“At the end of the day, jodoh itu kerja Dia. Semua orang nak kahwin dan semua orang juga mahu yang terbaik,” kongsinya.

Scroll to Top