“Biarlah orang buat kita” -Sophia AlBarakbah malas ulas dituduh putar belit fakta

“Biarlah orang buat kita” -Sophia AlBarakbah malas ulas dituduh putar belit fakta

Kontroversi melibatkan pelakon cantik, Sophia Albarakbah yang datang ke program All Star Gegar Vaganza pada minggu ke-3 tempoh hari menjadi perbualan ramai.

Bella Astillah selar kenyataan Sophia

Mana tidaknya, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memuat naik kenyataan di medoa sosial mengatakan bahawa selebriti terbabit menipu apabila dia menafikan bahawa datang ke GV bukan untuk melihat Aliff.

Sophia AlBarakbah kata biarlah orang buat kita

Perkongsian yang dibuat Bella Astillah itu telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila mendakwa pelakon berkenaan memang sudah biasa menipu dan memutar belit fakta susulan kontroversi tempoh hari.

Namun, menerusi Insta Story Sophia, dia telah menjawab dengan tenang apabila ada pihak yang menyokongnya mengatakan bahawa pelakon terbabit ada sahaja sehingga persembahan Liza Hanim, iaitu selepas Aiff Aziz membuat persembahan tempoh hari.

“Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang,” tulisnya.

sophia albarakbah

Bella Astillah sindir suami?

Terdahulu, kenyataan daripada Aliff Aziz berkenaan kehadiran heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di All Star Gegar Vaganza tempoh hari menyababkan isterinya kurang senang apabila turut menyindir penyanyi kelahiran Singapura itu di Insta Story.

Pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah  Awang Astillah seakan mempersoalkan semula apa yang dinyatakan suaminya dan mengatakan sepatutnya Aliff lebih menjaga perasaan isteri bukannya wanita lain.

Artikel lain: Bella Astillah dakwa Sophia AlBarakbah menipu, balik selepas Aliff buat persembahan

sophia albarakbah

Sumber: Instagram Sophia AlBarakbah, Bella Astillah