Melihat individu kurang waras berkeliaran di premis-premis perniagaan dan kaki lima seakan sudah menjadi perkara biasa. Ada sesetengah daripada mereka tidak pun menggangu orang lain dan hanya membuat hal sendiri tanpa arah tujuan.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mimieydjewels apabila menceritakan kisah seorang individu kurang siuman yang sering datang ke kedainya.
@mimieydjewels Mudah terhibur 😘
Menurutnya, lelaki itu tidak pernah menganggu mereka dan hanya bernyanyi-nyanyi serta bercakap sendiri. Disebabkan itu, mereka langsung tidak kisah andai lelaki berkenaan singgah ke kedainya.
Namun, menerusi satu video yang dimuat naik oleh @mimieydjewels telah mendapat perhatian ramai serta membuatkan mereka berasa sebak melihat situasi itu.
Dari video tersebut dapat dilihat lelaki terbabit sedang membuat pergerakan seakan sedang solat walaupun pakaian yang digunakan tidak bersesuaian.
@mimieydjewels Ni PART 1 Syed kerol ngah nyanyi2 tiba2 senyap..lahhh ngah solat rupanya🥺Subhanallah😭hebatnya hamba allah wlaupun x sempurna tp x lp pada pencipta
Menerusi ruangan komen, pengguna TikTok itu memaklumkan yang pada awalnya lelaki kurang siuman itu meneman tukang cat membuat kerja dengan bernyanyi-nyanyi, namun secara tiba-tiba senyap sahaja.
Selepas dicari, rupanya dia sedang solat di ruangan tersebut.
@mimieydjewels 😭Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni😁Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui berasa sebak apabila melihat video berkenaan. Mereka juga cukup tersentuh apabila lelaki itu tetap menunaikan solat walaupun berada dalam keadaan kurang siuman.






Sumber: TikTok @mimieydjewels




