Penampilan Thalita, anak kepada pelawak terkenal Shuib, baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas dia mengenakan baju jenis ‘off-shoulder’ yang dianggap kurang sesuai dengan usianya.
Ramai yang mengecam dan mempersoalkan keputusan ibu tirinya, Watie Hanafiah, kerana membenarkan Thalita berpakaian begitu.
Tak mahu anak memberontak, Watie pilih bertolak ansur

Namun, Watie tampil menjelaskan bahawa dia cuba memahami fasa remaja yang sedang dilalui oleh Thalita.
Contoh, bila mommy tak bagi daddy pun tegur. Dia akan cakap, mommy dulu pun seksi juga. Ibu pun seksi. Dia teringin nak pakai.
Menurut Watie, Thalita pernah menyuarakan hasrat untuk memakai tudung ketika kecil, namun persekitaran dan proses membesar menyebabkan keinginannya berubah.
Watie mengaku Shuib ada tegur
Dia juga menjelaskan, Thalita sendiri memilih untuk memakai baju jenis leher sampan. Mereka menyedari leher jenis jatuh off-shoulder ketika fitting saat akhir.
Masa haritu, ramai je family semua tegur. Tapi daddy dia ada satu perangai yang mommy kena ambil iktibar. Daddy dia tegur, “Mommy next time I tak nak tau Dekta pakai baju macam tu”
Malah, Shuib juga telah memberi teguran untuk tidak membenarkan anak perempuan mereka berpakaian seksi.
Watie menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu mengongkong kerana bimbang Thalita akan memberontak.
Mahu Thalita belajar kesan daripada perbuatannya

Dia membenarkan Thalita pakai baju itu untuk memberi ruang kepada Thalita belajar kesan daripada keputusan yang dibuatnya.
Bila kita tak bagi, budak sebesar ini akan memberontak. Bukan kita tak boleh nasihat, kita dah nasihat.
Apabila dikecam, Thalita diakui belajar sesuatu dan berhati-hati dalam membuat sesuatu selepas ini.
Dalam masa yang sama, Watie turut menjawab kritikan netizen yang mendakwa dia bertudung kerana Shuib.
Jelasnya, dia tidak menafikan perkara itu, malah menganggap ianya satu hikmah jika seseorang menjadi penyebab untuk berubah ke arah lebih baik.
Sementara itu, Thalita sendiri mengakui bahawa untuk bertudung, seseorang perlu betul-betul ikhlas dan bukan disebabkan paksaan.
Pssttt! Pendekatan lembut dan penuh empati seperti yang cuba ditunjukkan Watie mungkin bukan sempurna, tetapi boleh menjadi ruang untuk anak membina kesedaran sendiri. Yang penting, bimbingan tetap perlu agar mereka tidak tersasar dalam proses menjadi dewasa.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




