“Bila Masa Isteri Kawan Dengan Wife Kedua” – Netizen Dakwa Ada Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami Viral

“Bila Masa Isteri Kawan Dengan Wife Kedua” – Netizen Dakwa Ada Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami Viral

Trending

Netizen dakwa kisah poligami viral bukan seperti yang dilapor, sebaliknya bermula dari pengkhianatan dan rampas isteri kawan sendiri.


Tular di Threads satu dakwaan mengejutkan daripada seorang wanita mengenai kisah poligami viral baru-baru ini.

Kisah yang dianggap ‘sweet’ dan penuh toleransi itu bertukar kontroversi apabila dia mendakwa ‘kisah sebenar’ jauh berbeza daripada apa yang diceritakan.

Dakwa isteri pertama dan kedua bukan BFF

Pengguna Threads itu membuat dakwaan mengejutkan tersebut menerusi satu ruangan komen perkongsian tular.

Dakwanya, naratif bahawa kedua-dua isteri berkawan baik sebelum menjadi madu tidak benar.

Poligami

Lebih mengejutkan, dia mendakwa isteri kedua berpisah dengan suami terdahulu demi berkahwin dengan suami sekarang.

Pengguna Threads itu turut mempertikaikan dakwaan kononnya kisah ini contoh poligami harmoni. Menurutnya, poligami tidak salah, tetapi ia menjadi salah apabila bermula dengan kecurangan dan pengkhianatan dalam hubungan asal.

Poligami

Hantaran kontroversi tersebut telah menarik ribuan reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata mempersoalkan kesahihan dakwaan dan meminta wanita berkenaan beri bukti.

Poligami

Namun, wanita itu berkata dakwaannya datang daripada sumber yang boleh dipercayai dan meminta netizen bertanya sendiri kepada orang kampung yang mengetahui kisah sebenar.

Pssttt! Kalau benar dakwaan netizen ini, kisah tersebut mungkin lebih menyedihkan daripada menggembirakan. Dalam hal perkahwinan, jujur dan setia itu lebih utama daripada ‘plot twist’ yang mengelirukan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top