NILAI: Bilik Gerakan Utama (BGU) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepi selepas tewas di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Tinjauan Utusan Malaysia, BGU yang berada di Jalan Nilai Square, Bandar Baru Nilai, di sini tidak dihadiri pemimpin utama.
Antara yang dilihat hadir selain petugas adalah Bendahari Bersatu, Datuk Seri Rina Harun; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr. Afif Bahardin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Utusan Malaysia difahamkan pemimpin pusat menghadiri mesyuarat Biro Politik Bersatu di Kuala Lumpur, menyebabkan mereka tidak hadir ke BGU.
Bersatu bertanding di sebanyak 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan hari ini.
Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.
Bersatu mengambil keputusan untuk bertanding secara solo selepas Perikatan Nasional (PN) menjalinkan pakatan pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN).-UTUSAN


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong [TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602506.webp)

